FLEXIBLE

Hanya perlu 1 jam sehari untuk membuat ‘sales collection’ dan membuat kerja pembersihan.

Laveuse-Automated_Laundry_Systems_FG_Inc-Coin_Laundry_Equipment-Close_Up

CASH BUSINESS

Bisnes Yang tak memeningkan sebab pelanggan tidak berhutang dan transaksi dilakukan secara tunai sahaja!

header9

LOW OVERHEAD

Tak perlukan ramai pekerja! Semua pelanggan akan buatsendiri “Do it yourself”. Kos operasi yang tetap dan sangat rendah.

money-laundering-Jean-Loup-Richet

HIGH INCOME!

Kedai beroperasi 24jam. Duduk diam-diam pun dapat duit.. Satu-satunya bisnes yang mempunyai profit magin yang sangat tinggi iaitu sehingga 80%!!!

3

HIGH BUSINESS DEMAND

Setiap manusia memerlukan pakaian yang bersih. Jadi permintaan terhadap dobi layan diri tidak pernah terputus sampai bila-bila! Masyallah! Sungguh luar biasa!

coin-laundry

DOES NOT REQUIRED TECHNICAL BACKGROUND

Tidak memerlukan pengalaman dan juga pengetahuan yang mendalam dalam bidang teknikal untuk memulakan bisnes dobi layan diri. Sesiapa sahaja layak untuk memiliki bisnes ini.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE DOBILAYANDIRI.COM

Assalamualaikum…
Saya tahu ramai yang diluar sana sangat teruja untuk memiliki Bisnes Dobi Layan Diri sendiri. Kerana apa? Kerana ANDA juga merupakan pengguna tegar Dobi Layan Diri dan anda sendiri boleh membuat pengiraan seminggu berapa banyak yang anda telah belanjakan untuk mencuci pakaian anda seisi keluarga di premis dobi layan diri.
Kini telah tiba masanya untuk anda mengorak langkah kedepan untuk mencapai cita-cita anda untuk memiliki bisnes idaman anda ini.
Seperti yang telah saya jelaskan tadi diatas 6 Punca Utama Bisnes Dobi Buat Duit Menggila dan menjadi fenomena perniagaan masa depan yang sangat memberangsangkan. Mesti anda tak sabar untuk mulakannya kan?
Di Amerika Syarikat, bisnes ini telah bermula berpuluh tahun lamanya dan sehingga kini terdapat lebih 35,000 buah dobi layan diri serta menjana pendapatan kasar negara sebanyak USD5Billion setahun..wowww! Dahsatkan!
Bagaimana saya boleh membantu anda??
Kami dari Basooh24 Lounge Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputra yang telah beroperasi sejak 2009 didalam penganjuran kursus dobi dan khidmat konsultasi dobi. Sejak dari 2009 kami telah membantu lebih 500 orang usahawan dobi untuk memulakan bisnes ini di Malaysia, Indonesia dan insyallah akan datang di Thailand.
Kami juga telah diberi kepercayaan syarikat gergasi seperti PETRONAS untuk memberi khidmat dobi ke 2 buah anak syarikat mereka. Selain dari itu , kami juga telah diberi kepercayaan untuk membina modul pembelajaran kepada MARA & PERKESO.
Bergerak secara dibelakang tadbir dari kerja-kerja khidmat konsultasi, pemasangan mesin serta penyelidikan pasaran untuk beberapa jenama franchise besar Dobi Layan Diri di Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Filipina.
Dengan kepakaran yang kami ada, kami sedia membantu untuk merealisasikan bisnes Dobi Layan Diri jenama anda sendiri!
Jangan jadikan ALASAN, untuk anda GAGAL berkali-kali untuk memulakan sesuatu…kerana setiap kali anda mencipta ALASAN akan ada orang lain telah mendahului anda!

KURSUSDOBI
Penganjuran Seminar-seminar bisnes dobi layan diri di Malaysia dan Indonesia. Sehingga kini hampir 3500 orang peserta telah menyertai seminar kami dari dalam dan luar negara.
SME
Dipilih sebagai pemenang SME100 Award 2015. Dimana kami terpilih diantara 100 SME terbaik di Malaysia pada tahun 2015. Selain dari itu, kami juga merupakan TOP 3 Dealer Electrolux dari tahun 2014 hingga kini.
View 1 op2a

1 – LOCATION & TARGET MARKET

Anda harus membuat pemilihan lokasi yang tepat. Lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi amat penting dalam menjamin pulangan yang lumayan. Sasarkan kepada kumpulan menengah kebawah serta kediaman keluarga. Bonus tambahan jika mempunyai bilangan pelajar IPTA/IPTS. Pemilihan lokasi juga terpengaruh dengan kadar sewaan yang berpatutan

987605432-3

2 – BUDGET PLANNING

Perkara paling penting didalam memulakan sesebuah bisnes ialah dengan membuat perancangan bajet yang terperinci. Adalah di ingatkan anda WAJIB mempunyai bajet didalam lingkungan RM90k-RM200k untuk bisnes ini. Ianya akan dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Sewa Kedai, Pembelian Mesin, Ubahsuai Kedai dan Modal Pusingan. Sila buat senarai semak (checklist) terlebih dahulu.

header_mesin

3 – Machine & Equipment

Pemilihan mesin dan kelengkapan adalah bergantung kepada bajet dan juga pemilihan lokasi anda. Terdapat banyak jenama mesin di dunia yang anda boleh dapati namun harus berhati-hati kerana ada jenama yang tidak mempunyai khidmat sokongan selepas jualan di Malaysia. Berapa unit mesin yang anda perlukan? Semuanya bergantung kepada bajet anda serta jumlah populasi lokasi yang telah anda pilih

20160627-1

Start-Up Package Murah & Lengkap

Kami bantu anda untuk memilih pakej permulaan bisnes ini yang sesuai dengan bajet anda

creating-an-incident-response-checklist-to-prepare-for-a-data-breach-630x330

Checklist Start-Up Bisnes Dobi Percuma

Checklist Start-Up Bisnes Dobi yang bernilai RM1,500.00 ini diberikan secara percuma. Supaya anda tidak membuat kesilapan yang  tidak sepatutnya berulang-ulang kali

ROI-return-on-investment-Aliraza.co_

Return Of Investment (ROI) Calculation Percuma

Di Basooh24, kami akan membantu anda untuk membuat pengiraan potensi pendapatan yang akan anda perolehi sehari, seminggu dan juga setahun serta bilakah titik pulangan modal yang akan anda dapat secara percuma bernilai RM3000

header6

Pakej Branding Berbaloi-baloi

Tidak tahu nak reka dan design jenama sendiri? Tak tahu nak tempah signboard dimana? Tidak tahu nak buat flyers sendiri? Tak tahu nak buat facebook page bisnes dobi layan diri jenama anda sendiri?

Kami sedia bantu!

floor plan

Lakaran Floor Plan Percuma

Jangan risau! Kami sediakan lakaran Floor Plan ini secara percuma untuk panduan asas kontraktor anda membuat kerja pengubahsuaian. Tak kenal kontraktor? Kami pun boleh bantu..servis kami memang laju, kami sedia bantu ubahsuai kedai anda seawal 2 minggu sahaja.

APA BEZANYA BASOOH24 DENGAN PEMBEKAL MESIN DOBI YANG LAIN?

Untuk makluman, kami bertindak sebagai perunding dan pembekal mesin dobi berbanding dengan pembekal yang lain yang hanya menjual mesin dan peralatan sahaja tanpa ada khidmat perunding bagi membolehkan anda meminumkan risiko permulaan dan juga wang ringgit

JADI SAYA BOLEH MENDAPATKAN KHIDMAT PERUNDINGAN SERTA MESIN DARI BASOOH24!?

Iya, anda akan mendapat kedua-dua perkhidmatan dan juga pembelian mesin dari kami.

ADAKAH SAYA PERLU MEMBAYAR LEBIH UNTUK KHIDMAT RUNDINGAN? ATAU ROYALTY / FEE SECARA BULANAN?

Tiada sebarang caj atau fee yang dikenakan atau secara bulanan. Pihak kami akan memberi khidmat nasihat secara online, panggilan atau boleh datang terus ke pejabat kami bagi tujuan konsultasi. Sekiranya pihak anda memerlukan kami secara fizikal berada di lokasi anda dalam tempoh tertentu, pihak kami hanya mengenakan caj pengangkutan, hotel dan sebagainya.

BOLEH SAYA MENDAPATKAN PEMBIAYAAN ATAU PINJAMAN MELALUI BASOOH24!?

Untuk pembiayaan modal tau loan, anda boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM300K dengan syarat anda boleh menyediakan modal sebanyak RM50K-RM100K di tangan sekarang. Selebihnya akan ditampung oleh pembiayaan oleh CGC. Tiada Jaminan Kelulusan. Bergantung kepada syarat-syarat yangg dinyatakan oleh CGC dan anda tidak mempunyai rekod kewangan yang buruk. Serta telah mempunyai syarikat

ADA JAMINAN BOLEH BERJAYA DENGAN BASOOH24! ?

Kami tidak memberi sebarang jaminan kejayaan kerana ianya bergantung kepada bagaimana anda menguruskan bisnes dobi layan diri anda. Kami sedia membantu sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan didalam menguruskan bisnes ini.

BOLEH SAYA DAPATKAN SEBUTHARGA?

Anda boleh berhubung dengan kami melalui email mesindobi@gmail.com atau admin@mesindobi.com atau WhatsApp ke 011.2861.5679.